Harga minyak petrol dan diesel bulan April 2021. Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel terkini bagi setiap minggu bagi bulan April tahun 2021.

<
Harga minyak petrol dan diesel bulan April 2021

Untuk info, sebelum ini, KERAJAAN PH telah membuat penetapan harga minyak secara bulanan yang mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM) bermula 7 Jun 2018 yang lalu. Jika harga minyak dunia naik, harga RON95 dan Diesel akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter dan RM2.18 masing-masing.

Kini harga runcit minyak (bahan api) petrol dan diesel akan ditetapkan semula oleh KERAJAAN PAKATAN NASIONAL mengikut kaedah sistem pengapungan terkawal mingguan dan penetapan harga akan dilakukan secara mingguan berdasarkan trend harga minyak pasaran dunia. Harga had siling terkini adalah RM2.05 untuk RON95 dan RM2.15 untuk Diesel.

[+] Panduan mudah menjaga penyelenggaran kereta

Bermulanya dari bulan Mac 2020, Kerajaan Malaysia yang kini diterajui oleh Pakatan Nasional (PN) menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melaksanakan penetapan harga runcit RON95, RON97 dan Diesel berdasarkan ‘trend’ harga minyak dunia.

Pengumuman sama ada harga minyak kekal, naik atau turun untuk setiap bulan kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia secara mingguan iaitu pada setiap hari Rabu. Harga minyak terkini akan berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi awal hari berikutnya iaitu pada hari Khamis pada setiap minggu.

Perlaksanaan penetapan baru ini membolehkan harga runcit minyak petrol dan diesel menjadi lebih stabil berbanding harga bulanan yang diamalkan sebelum ini. Sekurang-kurangnya ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat.

Jadual harga minyak petrol dan diesel April 2021

Berikut adalah jadual harga minyak petrol dan diesel bagi bulan April 2021 yang diumumkan oleh pihak KPDNKK. Harga ini akan dikemaskini pada setiap hari Jumaat setelah diumumkan oleh pihak KPDNKK. Sebarang makluman lanjut atau info terkini bolehlah layari laman rasmi KPDNKK menerusi link dibawah ini;

[+] Laman Rasmi – http://www.kpdnkk.gov.my/

Minggu Pertama

RON95RON97Diesel
RM2.05 / literRM2.52 / literRM2.15 / liter

Minggu Kedua

RON95RON97Diesel
RM2.05 / literRM2.54 / literRM2.15 / liter

Minggu Ketiga

RON95RON97Diesel
RM2.05 / literRM2.54 / literRM2.15 / liter

Minggu Keempat

RON95RON97Diesel
RM2.05 / literRM2.58 / literRM2.15 / liter

Minggu Kelima

RON95RON97Diesel
RM / literRM / literRM / liter

P/s – Untuk kemudahan di masa akan datang, sila bookmark entri ini bagi rujukan anda.

Share it!
  •  
  •  
  •  
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Hafiz

Hafiz

Seorang blogger dari bumi JDT. Jika ada sebarang kerjasama mahupun reviews, boleh berhubung di menu Hubungi Saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.