Umum mengetahui yang negeri Johor kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat atau PKPB. Dalam tempoh ini, kerajaan negeri Johor, khususnya Majlis Agama Islam Johor memberi kebenaran umat Islam bagi menunaikan solat Jumaat dengan kapasiti 1/3 dari jumlah penuh jemaah masjid.

<

Demi memberikan peluang agar lebih ramai umat Islam menunaikan solat Jumaat, Majlis Agama Islam Johor telah memberikan kebenaran sebanyak 209 buah surau kariah dan 56 buah surau berasrama untik menunaikan solat Jumaat bagi semua daerah dalam negeri Johor.

Senarai surau yang diberi kebenaran menunaikan solat Jumaat

Berikut adalah senarai surai yang diberikan kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat oleh MAIJ bagi selurih daerah dalam negeri Johor.

Sumber : MAIJ

Semoga dengan adanya senarai surau kariah dan surau berasrama yang diberi kebenaran ini dapatlah lebih ramai umat Islam menunaikan solat Jumaat dalam negeri Johor.

Walaubagaimanapun, segala arahan kesihatan Majlis Keselamatan Negara seperti sentiasa memakai pelitup muka, membawa sejadah dari rumah dan mengambil wuduk dari rumah hendaklah dipatuhi.

Pada masa yang sama, para jemaah senantiasa memohon doa kepada Allah S.W.T agar virus Covid 19 ini beransur hilang di negeri Johor khususnya dan negara Malaysia amnya.

Share it!
  •  
  •  
  •  
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Hafiz

Hafiz

Seorang blogger dari tanah JDT. Sebarang 'reviews' atau 'colaborations' boleh terus berhubung di menu Hubungi Saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.