Adakah anda pengguna kad Touch n Go (TnG) atau Plusmiles? Pernahkah kad TnG atau Plusmiles anda rosak atau hilang? Pasti anda tertanya-tanya adakah baki dalam kad anda boleh direfund semula atau hilang begitu sahaja? Jawapannya ialah baki dalam kad TnG atau Plusmiles anda boleh direfund semula. Disini akan dikongsikan cara untuk refund baki kad Touch n Go atau Plusmiles anda.

<
Cara untuk refund baki kad Touch n Go atau Plusmiles

Sebelum anda hendak dapatkan refund baki dalam kad TnG atau Plusmiles, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Yang pertama ialah pihak Touch n Go atau Plusmiles hanya menetapkan hanya kad tertentu sahaja yang layak untuk mendapat refund iaitu ;

  • Kad yang telah tamat tempoh
  • Kad yang tidak sah
  • Kad yang tidak aktif
  • Kad yang rosak / patah
  • Cip kad yang bermasalah
  • IC kad yang diketahui no siri cip TnG

Yang kedua adalah, kad Touch n Go atau Plusmiles mestilah berdaftar dalam laman web Touch n Go. Jika belum mendaftar, sila daftar terlebih dahulu. Hanya kad yang berdaftar dengan MyTouchnGo Portal sahaja yang boleh mendapat refund baki. Anda boleh mendaftar dengan klik link dibawah ini ;

Setelah mendaftar kad Touch ‘n Go anda di MyTouchnGo Portal, anda boleh mengurus kad anda dengan melihat transaksi anda, semak e-penyata anda, kemas kini maklumat peribadi anda dan mendapat balik baki jika kad anda hilang atau dicuri.

Yang ketiga, anda perlu memenuhi syarat-syarat untuk membuat refund baki kad Touch n Go atau Plusmiles seperti dibawah ini ;

  • Pemegang Akaun Malaysia – sila pastikan nama pemilik bank akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar. Pembayaran e-refund ke akaun pihak ketiga tidak dibenarkan.
  • Pemegang Akaun Asing – pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT). Sila pastikan nama pemegang akaun bank, nombor akaun bank, nama bank, alamat bank dan swift code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar. Pembayaran e-refund kepada pemegang akaun asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
  • Touch ‘n Go eWallet  • Sila pastikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan. Pembayaran e-refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.

Permohonan e-refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh 30 hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-refund oleh pelanggan. Bagi permohonan e-refund buat kad Touch ‘n Go yang hilang atau dicuri, jumlah pembayaran balik baki kad adalah berdasarkan kepada jumlah nilai yang direkodkan pada tarikh permohonan e-refund tersebut.

Bagi bantuan selanjutnya, sila hubungi kami di:
• Emel: careline@touchngo.com.my
• Facebook and Twitter, @MyTouchnGo

Cara untuk buat refund kad Touch n Go atau Plusmiles

Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan refund baki kad Touch n Go atau Plusmiles anda iaitu ;

  • Buka Google dan taip ‘e-refund TnG’.
  • Kemudian cari ayat ‘Tekan sini untuk memulakan permohonan e-refund anda.
  • Isi maklumat yang diperlukan dalam ruang kosong yang dipaparkan.
  • Dalam ruang ‘refund request‘ sila pilih – ‘card terminate‘.
  • Dalam ruang ‘reason code‘ pula, sila pilih sebab untuk tamatkan kad. Contoh – ‘expired / dormant / faulty / bad cip‘.
  • Pilih jenis pemulangan – ‘bank akaun / draft / e-wallet‘.
  • Isi ruangan seterusnya dan kemudian klik ‘submit‘.
  • Anda akan diberikan nombor rujukan laporan. Sila simpan untuk semakan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda cara untuk refund baki kad Touch n Go atau Plusmiles anda. Rugi kalau tak ambil tahu.

Share it!
  •  
  •  
  •  
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Hafiz

Hafiz

Seorang blogger dari tanah JDT. Sebarang 'reviews' atau 'colaborations' boleh terus berhubung di menu Hubungi Saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.