Permainan dan kanak-kanak memang tidak boleh dipisahkan. Mereka ibarat isi dan kulit. Tidak kisahlah sama ada permainan itu mahal atau murah, apa yang penting kanak-kanak ini sangat gembira apabila bermain. Tapi tahukah anda, terdapat kaitan permainan kanak-kanak dengan personaliti mereka. Pasti anda tertanya-tanya dan ingin tahu apakah kaitannya? Jom baca perkongsian ini.

<

Terdapat bermacam-macam jenis permainan kanak-kanak yang ada pada zaman sekarang. Minat mereka pada setiap permainan juga tidak sama. Ada permainan dinosaur, permainan kereta, permainan kapal terbang, permainan alat muzik, permainan alat kesihatan, permainan alat memasak dan permainan patung superhero atau barbie. Setiap permainan ini ada personaliti mereka masing-masing. Berikut adalah sebahagian personaliti mengikut jenis permainan.

Permainan kanak-kanak dan kaitan personaliti

Kaitan permainan kanak-kanak dengan personaliti mereka
  • Permainan Dinosaur – Bagi kanak-kanak yang suka dengan permainan dinosaur ini biasanya mempunyai daya pemikiran yang kuat. Mereka menjadi seorang yang cekap, pintar dan pantas dalam membuat sesuatu kerja. Mereka juga boleh menghafal dengan baik.
Kaitan permainan kanak-kanak dengan personaliti mereka
  • Permainan Kereta – Bagi kanak-kanak yang suka dengan permainan kereta pula biasanya mereka mempunyai sifat yang ceria dan mudah mesra. Minat mereka juga lebih cenderung kepada bidang automotif, mesin dan mekanikal.
Kaitan permainan kanak-kanak dengan personaliti mereka
  • Permainan Kapal Terbang – Bagi kanak-kanak yang suka bermain dengan permainan kapal terbang pula, selalunya mereka lebih bijak dan suka teori-teori yang unik. Mereka akan cuba bereksperimen dalam setiap aksi permainan mereka.
Kaitan permainan kanak-kanak dengan personaliti mereka
  • Permainan Alat Muzik – Bagi kanak-kanak yang suka dengan permainan alat muzik pula, mereka akan lebih kreatif dan minat kepada teori. Ada sahaja idea kreatif mereka dalam bermain atau membuat sesuatu kerja.
Kaitan permainan kanak-kanak dengan personaliti mereka
  • Permainan Alat Kesihatan – Bagi kanak-kanak yang suka dengan permainan alat kesihatan ini, mereka lebih penyayang dan cepat matang. Mereka juga suka membantu orang dan lebih mesra dengan persekitaran.
Kaitan permainan kanak-kanak dengan personaliti mereka
  • Permainan Alat Memasak – Bagi kanak-kanak yang suka dengan permainan alat memasak ini, biasanya akan menjadikan mereka lebih kreatif dan bertanggungjawab. Mereka juga akan menjadi lebih penyayang dan suka menggembirakan orang lain.
Kaitan permainan kanak-kanak dengan personaliti mereka
  • Permainan Patung Superhero atau Barbie – Bagi kanak-kanak yang suka dengan permainan patung superhero atau barbie pula, biasanya mereka berjiwa besar kerana mereka menghayati karektor superhero yang diminati. Mereka juga suka dengan kerja-kerja yang mencabar dan lebih sukakan keamanan.

Demikianlah sedikit perkongsian yang dapat dikongsikan buat anda semua. Harus diingatkan bahawa entri ini hanya sekadar bahan bacaan sahaja berdasarkan pembacaan dan pencarian info. Entri ini bukanlah bahan rujukan rasmi. Jumpalah mereka yang pakar dalam bidang personaliti atau pakar kanak-kanak untuk rujukan anda.

Hafiz

Hafiz

Seorang blogger dari bumi JDT. Jika ada sebarang kerjasama yang ingin lakukan, bolehlah terus berhubung di menu 'Hubungi Saya' atau emel dibawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.